“Sejuk Di Bibir, Cair, Di Hati”

Logo Eita's Ice Cream

Anda tercari-cari dimana boleh dapati Aiskrim Colek
buatan Muslim untuk memeriahkan majlis anda?
Kami team Eita’s Ice Cream sedia menyediakan pakej teristimewa khas untuk anda!
Rasailah dan nikmatilah sendiri!
Pelbagai perisa yang boleh anda rasai iaitu  Nikmatilah sendiri perisa
Chocolate, Vanilla, Strawberi, Keladi, Jagung,
Apple, Mangga, Pisang, dan Blueberry.
Nikmatilah keenakannya..
“mmm.. nyum-nyum-nyum”
Cuba sekali pasti nak lagi!

Anda suka Ice Cream Yogurt?

Kami juga menyediakan pelbagai jenis perisa untuk anda nikmati iaitu
Kiwi, Berry, Oreo, Peach dan Cheesy.
Rasailah kelazatannya…
“mmm.. nyum-nyum-nyum”
Cuba sekali pasti nak lagi!

Untuk merasai kelainan di majlis istimewa anda, pihak kami menyediakan gerai Aiskrim Colek keluaran Bumiputera, Halalan Thoyyiba tanpa was-was. Kami menerima tempahan dan jualan di majlis seperti berikut:

Majlis Perkahwinan, Walimatulurus,

Majlis Harijadi, Harilahir, Birthday, Anniversary

Wedding Reception, Majlis Pertunangan

Majlis Rumah Terbuka Raya Keluarga, Syarikat, Kerajaan

Hari Kanak-Kanak, Sukan Sekolah, Tadika, Syarikat dan Kerajaan

Hari Keluarga Famili, Syarikat dan Kerajaan

Hari Kantin dan PIBG Sekolah

dan lain-lain majlis keramaian istimewa anda!

SIAPA KAMI?

Pengenalan Pemilik

Gambar Besama Dato’ Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK
Gambar Besama Dato’ Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK

Roszita Binti Abu Bakar adalah salah seorang pemilik tunggal di atas nama syarikat Aszieta Enterprise. Dilahirkan di Pulau  Pinang dan menetap di Ampang, Selangor selama 14 tahun. Pada tahun 2003 beliau bekerja di salah sebuah syarikat swasta dalam bidang pemasaran dan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2009. Kemudian beliau beralih arah dari syarikat pemasaran pada tahun 2009 ke salah sebuah syarikat guaman sebagai kerani akaun dan beliau telah menamatkan perkhidmatan pada akhir Januari 2016. Sekarang beliau telah menumpukan sepenuh perhatian pada syarikat pemilikan tunggalnya bernama Aszieta Enterprise.

 

Pengenalan Syarikat

Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan aiskrim colek, kemudian pula disusuli dengan tempahan yang di terima daripada saudara dan rakan terdekat,kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius di dalam perniagaan aiskrim colek (Scoop) ini. Dan dengan itu kami telah menubuhkan sebuah syarikat Enterprise yang berdaftar atas nama Aszieta Enterprise pada 18 Mei, 2015.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Aszieta Enterprise berharap dapat menjadi syarikat yang berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami diperingkat yang lebih luas dan dapat mengorak langkah setanding dengan syarikat aiskrim yang terkenal pada masa sekarang.

Logo PNS

Kami ingin mewujudkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam produk makanan halal dengan program francais kami. Dengan itu kami telah menyelesaikan masalah masyarakat bumiputra tentang makanan halal. Kami juga merupakan usahawan pra-francais di bawah agensi kerajaan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam program Business in Transformation (BIT) Mall. Kami telah menyertai beberapa program besar pameran francais antarabangsa peringkat Malaysia antaranya Franchise International Malaysia (FIM) 2016 yang telah diadakan di PWTC, KL.

Booth Pameran kami dilawati oleh Dato’ Hamzah Zainudin, Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Booth Pameran kami dilawati oleh Dato’ Hamzah Zainudin, Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sempena Franchise International Malaysia (FIM) 2016

 

Berminat nak tempah?

Nak tahu pakej istimewa yang kami tawarkan?

Berikut adalah senarai pakej tempahan untuk anda pilih:

{Pakej Titanium}
 1,000kon 
 3 atau 4 perisa
 Crew
FREE 60 Scoop!
FREE Topping!
BONUS Aiskrim Berhias Meja Makan Beradap.

{Pakej Platinum}
 900kon
 3 atau 4 perisa
 Crew
 FREE 50 Scoop!
 FREE Topping!
 BONUS Aiskrim Berhias Meja Makan Beradap.

{Pakej Gold}
 800kon
 3 perisa
 Crew
 FREE 40 Scoop!
 FREE Topping!
 BONUS Aiskrim Berhias Meja Makan Beradap.

{Pakej Silver}
 700kon
 3 perisa
 FREE 30 Scoop!
 FREE Topping!
 BONUS Aiskrim Berhias Meja Makan Beradap.

{Pakej Cinta}
 600kon
 3 perisa
 Crew
 FREE 30 Scoop!
 FREE Topping!
 BONUS Aiskrim Berhias Meja Makan Beradap.

{Pakej Kasih}
 500kon
 3 perisa
 Crew
 FREE 30 Scoop!
 FREE Topping!
 BONUS Aiskrim Berhias Meja Makan Beradap.

{Pakej Rindu}
 400kon
 3 perisa
 Crew
 Free Topping!

{Pakej Mesra}
300kon
 3 perisa
 Crew
 Free Topping!

Catatan:
1.Minimum Order 300kon.
2.Harga di atas perlu ditambah dengan sedikit cas transport. Rujuk bahagian transport di bawah.

 

TRANSPORT 

Sekitar RM30 ke RM60. Bergantung kepada jarak.

 

PERISA AISKRIM:

Standard order kesukaan ramai: Chocolate, Vanilla, Strawberi

Lain lain: Keladi/Yam, Jagung, Apple, Mangga, Pisang, Blueberry

 

Catatan:
1. 200kon ke 800kon: 3 perisa.

2. 900kon ke 1000kon: 4 perisa.

3. Perlu confirmkan perisa selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh majlis.

 

Pertanyaan & Temapahan, Hubungi:

Klik No.tel berikut untuk terus ke WhatsApp kami:

CEO, Pn.Eita 6011-1157-2636

Sales & Marketing, En.Khabir 6019-310-1899

Asst. Sales, Pn.Mahirah 6014-80666-54