Tentang Kami

PENGENALAN PEMILIK

Roszita Binti Abu Bakar adalah salah seorang pemilik tunggal di atas nama syarikat Aszieta Enterprise. Dilahirkan di Pulau  Pinang dan menetap di Ampang, Selangor selama 14 tahun. Pada tahun 2003 beliau bekerja di salah sebuah syarikat swasta dalam bidang pemasaran dan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2009. Kemudian beliau beralih arah dari syarikat pemasaran pada tahun 2009 ke salah sebuah syarikat guaman sebagai kerani akaun dan beliau telah menamatkan perkhidmatan pada akhir Januari 2016. Sekarang beliau telah menumpukan sepenuh perhatian pada syarikat pemilikan tunggalnya bernama Aszieta Enterprise.

 

PENGENALAN SYARIKAT

Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan aiskrim colek, kemudian pula disusuli dengan tempahan yang di terima daripada saudara dan rakan terdekat,kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius di dalam perniagaan aiskrim colek (Scoop) ini. Dan dengan itu kami telah menubuhkan sebuah syarikat Enterprise yang berdaftar atas nama Aszieta Enterprise pada 18 Mei, 2015.

 

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Aszieta Enterprise berharap dapat menjadi syarikat yang berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami diperingkat yang lebih luas dan dapat mengorak langkah setanding
dengan syarikat aiskrim yang terkenal pada masa sekarang.

 

Kami ingin mewujudkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam produk makanan halal dengan program francais kami. Dengan itu kami telah menyelesaikan masalah masyarakat bumiputra tentang makanan halal. Kami juga merupakan usahawan pra-francais di bawah agensi kerajaan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam program Business in Transformation (BIT) Mall. Kami telah menyertai beberapa program besar pameran francais antarabangsa peringkat Malaysia antaranya diadakan di PWTC, KL.